DEFINISI
PERSATUAN
Persatuan
didefinisikan sebagai “sesuatu entiti kumpulan yang berstruktur,
berpelembagaan, berperaturan dan berkepimpinan. Di peringkat sekolah persatuan
biasanya dianggotai oleh murid-murid sekolah yang mempunyai minat, kegemaran,
hasrat dan kecenderungan yang sama serta bertujuan untuk saling bekerjasama,
bantu-membantu dan berkongsi sumber dalam melaksanakan aktiviti dan mencapai
cita-cita serta matlamat yaqng telah ditetapkan dan dipersetujui bersama bagi
memperkembangkan minat, kegemaran, hasrat dan kecenderungan masing-masing.
Persatuan juga didefinisikan sebagai satu gabungan, ikatan dan kumpulan.
Mengikut kamus Oxford Edisi Kedua, persatuan ialah:
“an association of people with mutual aims or interest,
an organization of people formed for a particular and shared purpose: an
association”,
...... bermaksud sejenis perkumpulan,
gabungan atau perikatan yang dianggotai oleh individu-individu yang mempunyai
tujuan dan matlamat yang sama.
2 KONSEP
PERSATUAN
Menurut Peraturan 4
dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) tahun 1998, Warta
Kerajaan P.U(A) 196 bertarikh 21 Mei 1998 menegaskan bahawa Guru Besar atau
Pengetua, setelah menerima permohonan secara bertulis MESTILAH menubuhkan
persatuan sekolah dari kategori yang berikut iaitu:
- Mata pelajaran diajar di sekolah yang dinyatakan dalam Peraturan Pendidikan
- Hobi dan rekreasi
- Sukan dan permainan
- Badan beruniform Atau
- Apa-apa persatuan lain yang diluluskan oleh pendaftar.
TUJUAN
PENUBUHAN PERSATUAN
Usaha menubuhkan
persatuan di sekolah adalah usaha kependidikan yang penting, khususnya untuk
menyemai dan memupuk prinsip, kaedah dan kemahiran kepimpinan dikalangan murid
di samping membangunkan diri mereka menjadi insan yang mewarisi dan menghayati
keseluruhan ciri-ciri kecemerlangan murid yang tersurat dan tersirat dalam
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Sehingga kini insiatif dan usaha sekolah
menubuhkan persatuan yang dipimpin, dianggotai dan digerakkan oleh murid-murid
amatlaj menggalakkan. Insiatif dan usaha ini akan memberi impak yang lebih
besar dalam mengangkat kegiatan kokurikulum sebagai sebahagian daripada program
pendidikan di sekolah apabila pengetahuan, kesungguhan dan kemahiran
murid-murid memimpin, mengurus dan mengoperasikan persatuan yang ditubuhkan itu
dipertingkatkan secara bersepadu dan berterusan. Sebagai contoh murid-murid
yang mempunyai minat, kegemaran, hasrat dan kecenderungan yang sama akan
berpeluang
- Merancang dan melaksanakan aktiviti dan kegiatan berkumpulan.
- Berkongsi pengetahuan & pengalaman dalam bidang yang diminati & digemari.
- Menetapkan matlamat yang dipersetujui dan dilaksanakan bersama.
- Berkongsi sumber & peralatan.
- Wujudkan peluang untuk murid mengembangkan bakat & potensi kepimpinan.
- Wujudkan wahana kepada murid-murid agar bakat & potensi dapat ditingkatkan.
OBJEKTIF
PENUBUHAN PERSATUAN
Objektif
Am
Guru-Guru dan murid-murid akan:
- Mengetahui dan memahami ciri-ciri dan nilai-nilai kepimpinan yang diperlukan untuk memimpin, mengurus dan mengoperasikan kelab atau persatuan di sekolah.
- Mengetahui dan memahami kaedah, stategi dan prinsip pengurusan kelab atau persatuan secara berkesan.
- Mengetahui dan memahami kaedah dan stategi memimpin dan memotivasikan ahli-ahli kelab atau persatuan yang dipimpin
- Mempunyai pengetahuan dan kemahiran merancang, mengelola, menyelia dan menilai aktiviti dan kegiatan kelab atau persatuan yang dipimpin.
- Mempunyai keyakinan diri sebagai pemimpin yang berwibawa, berketrampilan dan berwawasan.
Objektif Khusus
- Menjelaskan matlamat dan tujuan penubuhan kelab atau persatuan di sekolah dalam konteks kependidikan dan kepimpinan.Menjelaskan kaedah dan tatacara penubuhan kelab atau persatuan.
- Menjelaskan kaedah dan tatacara pentadbiran dan pengurusan kelab atau persatuan.
- Menjelaskan kaedah dan tatacara pengurusan dan pengelolaan aktiviti dan kegiatan kelab atau persatuan di sekolah berdasarkan perancangan dan undang-undang.
- Membentang dan menjelaskan ciri-ciri dan nilai-nilai asas kepimpinan.
- Menjelaskan tanggungjawab dan peranan murid-murid sebagai warganegara berdasarkan Rujunegara, perlembagaan negara dan Wawasan 2020.
RASIONAL
Berdasarkan
hakikat kejadian insan, setiap murid mempunyai bakat dan potensi untuk
memimpin, sekurang-kurangnya untuk memimpin diri sendiri menjadi apa yang
diinginkan. Walau bagaimanapun pengetahuan, kesungguhan dan kemahiran memimpin,
mengurus dan mengoperasikan sesuatu kelab atau persatuan bukanlah warisan
semula jadi. Pengetahuan, kesungguhan dan kemahiran ini sebaliknya boleh
diperolehi melalui proses-proses pengajaran dan pembelajaran formal dan tidak
formal, pengalaman secara langsung, perkongsian pemikiran, pengalaman dan
latihan.
MATLAMAT
Agar
dapat membantu guru dan murid-murid merancang dan melaksanakan dengan
bermatlamat untuk melahirkan insan yang berwibawa, berketrampilan dan
berkeyakinan tinggi sebagai pemimpin di sekolah dan berpotensi mengembangkan
bakat dan upaya kepimpinan masing-masing ke peringkat yang lebih tinggi dalam
bidang-bidang yang diceburi pada masa akan datang.
Saya mohon izin nak copy maklumat ni untuk pembentangan dalam kelas. Terima kasih :)
ReplyDeleteMohon izin copy utk persatuan sy.t.kasih
ReplyDeletesaya minta izin untuk gunakan sebagai rujukan
ReplyDeleteMohon keizinan tuan untuk saya gunakan dan sebagai rujukan. terima kasih.
ReplyDeletemohon keizinan untuk bahan dalam kelas saya....
ReplyDelete